PengikutNurKasih

Selasa, 24 November 2009

Karyaku betajuk " Kebaikan Membaca"


Hai semua, apa khabar?
Hari ini, saya hendak tulis karangan saya yang bertajuk " kebaikan membaca". Kata bapa saya, saya dapat gred B sahaja. Kata bapa saya banyak ayat yang perlu dibaiki lagi. Saya harap saya akan mendapat markah A pada penulisan saya pada masa akan datang. Oklah inilah karangan saya yang saya catat semalam lebih kurang jam 8.00 malam. Selamat membaca


Banyak kebaikan membaca. Apabila kita rajin membaca kita dapat banyak ilmu pengetahuan yang baru. Membaca sangat penting bagi semua tidak kira kanak-kanak, orang tua, muda dan remaja. Kanak-kanak seperti saya pula harus membaca Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain.
Orang dewasa sealu membaca majalah dan membaca maklumat di dalam komputer seperti cerita di blog. Kalau kita tidak membaca kita akan semakin lemah dengan pelajaran. Kalau kita membaca tentu kita tidak akan lemah dalam bidang pelajaran.



Semua orang boleh membaca. Buku pelajaran sangat penting. Kita akan dapat maklumat tentang banyak perkara kalau kita rajin membaca. Kita harus membaca bersunggu-sungguh agar kita akan cemerlang,gemilang dan terbilang. Itulah kebaikan membaca yang saya ketahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan