PengikutNurKasih

Jumaat, 23 Julai 2010

burung puyuh yang sombong.

           Pada zaman dahulu,burung puyuh dikatakan mempunyai ekor yang sangat cantik berbanding burung lain.Oleh kerana kecantikannya itu, burung puyuh menjadi sombong dan angkuh. Ia terbang ke sana ke mari sambil meunjuk nunjukkan kecantikannya kepada burung-burung lain. Burung-burunglain tidak suka sikapnya yang sombong dan angkuh itu.
           Pada suatu hari, burung puyuh merayau-rayau di tepi sawah. Di situ ia melihat sekumpulan burung sedang mencari makanan. Burung puyuh pun terus terbang dan hinggap di belakang seekor kerbau untuk menunjukkan kelebihannya dan keistimewaannya kepada burung. Burung puyuh tergelincir lalu jatuh ke bawah
           Dengan tidak sengaja kerbau itu telah terpijak ekornya. Ekor burung puyuh yang cantik itu telah terputus dan carik akibat dipijak oleh kerbau. Oleh kerana itulah, burung puyuh tidak lagi mempunyai ekor sehingga ke hari ini. Burung puyuh, berasa malu kerana dia telah berubah menjadi hodoh.