PengikutNurKasih

Jumaat, 16 April 2010

Aku sebatang pen.

Aku sebatang pen saya diperbuat di kilang pen, banyak kawan yang lain seperti pen hitam dan lain-lain lagi. Namaku adalah faber kastel. Pada suatu hari, saya dibeli dengan harga berpatutan oleh seorang budak. Budak itu bernama Ali. Ali membawa saya ke rumahnya. Pada keesokan harinya saya diletakkan di kotak pencil. Saya di bawa ke sekolah Ali menggunakan saya setiap mata pelajaran yang diajar oleh cikgu. Pada waktu pulang cikgu menasihati Ali agar membuat kerja rumahnya. Apabila sampai di rumah Ali membuat kerja rumahnya dengan menggunakan saya. Sedang Ali menulis tiba-tiba aku kehabisan dakwat. Ali terkejut dan merasa geram dengan aku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa selain melihat sahaja kekasaran Ali pada aku. Saya harap Ali tidak membuang aku ke dalam tong sampah. Tetapi malangnya nasib aku buruk kerana aku dibuang ke dalam tong sampah,  begitulah riwayat saya sebagai pen yang telah berbakti kepada Ali. Saya harap  saya akan dicipta lagi di kilang pen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan