PengikutNurKasih

Ahad, 14 Mac 2010

Seliparku dicuri orang



Pada suatu hari, saya dan adik-adikku serta abang pergi ke kelas agama seperti biasa.Kelas agama itu lebih kurang 1kilomiter dari rumah saya.kelas agama itu diadakan selasa hingga jumaat dan kelas tersebut dimulakan dari jam1 hingga jam5.

Kelas agama itu berdekatan dengan kampung saya Nama ustaz kami adalah ustaz Ardizi bin Salimin dia selalu menesihati kami agar tidak mencuri kerana mencuri adalah perbuatan salah disisi agama.

selepas azan asar ustaz mengarahkan kami pergi ke surau untuk sembahyang solat asar.Akan tetapi malangnya nasib saya apabila keluar dari kelas Saya menengok seliparku hilang entah siapa yang curi saya mencari merata-rata tempat dan puas saya cari.

saya pun mengambil air wuduk untuk solat asar.Saya berdoa untuk mendapatkan selipar itu.apabila habis sembahyang saya menanya oran yang berada dari masjid akan tetapi malangnya nasib saya balik dengan kaki ayam.

keesokkan harinya saya bersama bapa saya pergi ke surau untuk sembahyang jumaat.Apabila saya keluar dari surau saya ternampak seliparku.Saya pun berasa hairan lalu saya bertanya kepada Faruk.Rupa-rupanya pelajar ahun enam yang mencuri saya berkata kepada bapaku.bapa saya berkata anggaplah itu adalah orang ang memerlukan selipar itu.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan