PengikutNurKasih

Khamis, 17 Disember 2009

Cerita lucu Penyengat Inti Karipap.


Pada suatu petang,emak memanggilku dari dapur.Ketika itu dia dan kakakku sedang menyediakan minum petang.Rupa- rupanya emak menyuruhku mengangkat kain di ampaian kerana hujan akan turun.Aku menurut saja arahan emak.sebelum mengatur langkah ke ampaian yang terletak di beranda rumah,sempat aku mencapai sebiji karipap goreng yang baru saja kakakku dari kuali.Sambil mengatur langkah,aku meniup-niup karipap yang agk panas itu.Memang kegemaranku makan karipap panas.Aku bercadang untuk menghabiskan sebiji karipap itu sebelum mengangkat kain.Tapi,sedang aku enak menikmatinya ,tiba-tiba aku terpijak sesatu yang amat menyakitkan.Aku menjerit sekuat hati sambil terlompat-lompat.Ini mesti penyengat atau semut ipoh yang sering tersesat ke dalam rumah kami.Jeritan kuatku turut mencemaskan emak dan kakakku di dapur.Mereka bertanya mengapa. Aku pula segera membelek tapak kakiku. Rupa-rupanya bukan penyangat atau semut ipoh sebaliknya inti kuih karipap panas yang terjatuh ketika aku khusyuk makan sambil berjalan tadi. Aku hanya ketawa sendiri. Sebaik aku ke dapur , barulah aku ceritakan kepada mereka apa yang berlaku mereka pun ketawa berdekah-dekah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan