PengikutNurKasih

Jumaat, 23 September 2011

Sajak Merdeka.


Kini telah tiba waktunya..
31 Ogos menjelma tiba..
Tarikh keramat yang dinanti-nantikan..
Masih ingatkah kita 
Dahulu penjajah bermaharajalela..
Tetapi kini kita sudah merdeka 
Wahai anak-anak bangsa laungkan 
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Dalam jiwamu ....
Wahai anak bangsa 
Kitalah anak-anak merdeka
Menjadi pewaris negara merdeka ini..
Tekadkan semangat kemerdekaan 
Hingga ke titisan darah yang terakhir 
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Hasil ciptaan 
Ismat Afif

Selasa, 21 Jun 2011

Melawat ke Pulau Labuan

Masa ini kami menunggu kakak yang sedang kuliah..
Melawat Pulau Labuan..banyak beza di Keningau dan Labuan

Percutian kami pada cuti semester pertama 2011 dua minggu yang lalu adalah di Wilayah Pulau Labuan. Sebuah pulau yang cantik, bersih dan saujana lautan di sekelilingnya.

Ayah merancang sejak awal untuk membawa kami ke Pulau Labuan. Best sangat terutama di Taman Burung. Banyak jenis burung yang kami temui, antaranya burung merak, burung hantu, burung tiung, burung hutan dan lain-lain yang saling berbeza antara satu sama lain. Yang paling menarik ialah apabila kami mendengar burung tiung pandai berkata. Antara percakapan burung tiung yang ajaib itu ialah, " dah makan" hello, asalamualaikum, bye- bye dan banyak kata lagi yang lain.

Semasa di Taman Burung ada juga tempat permainan kanak-kanak di sana. saya, abang dan adik sempat bermain gelungsor dan bermain kejar-kejar di kawasan taman permainan. Saya harap suatu masa akan datang saya dapat ke Pulau Labuan lagi dan hendak lagi melawat di Taman Burung.