PengikutNurKasih

Selasa, 1 Januari 2013

Menjelang Tahun 2013


Happy New Year......!

Jumaat, 23 September 2011

Sajak Merdeka.


Kini telah tiba waktunya..
31 Ogos menjelma tiba..
Tarikh keramat yang dinanti-nantikan..
Masih ingatkah kita 
Dahulu penjajah bermaharajalela..
Tetapi kini kita sudah merdeka 
Wahai anak-anak bangsa laungkan 
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Dalam jiwamu ....
Wahai anak bangsa 
Kitalah anak-anak merdeka
Menjadi pewaris negara merdeka ini..
Tekadkan semangat kemerdekaan 
Hingga ke titisan darah yang terakhir 
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Hasil ciptaan 
Ismat Afif

Selasa, 21 Jun 2011

Melawat ke Pulau Labuan

Masa ini kami menunggu kakak yang sedang kuliah..
Melawat Pulau Labuan..banyak beza di Keningau dan Labuan

Percutian kami pada cuti semester pertama 2011 dua minggu yang lalu adalah di Wilayah Pulau Labuan. Sebuah pulau yang cantik, bersih dan saujana lautan di sekelilingnya.

Ayah merancang sejak awal untuk membawa kami ke Pulau Labuan. Best sangat terutama di Taman Burung. Banyak jenis burung yang kami temui, antaranya burung merak, burung hantu, burung tiung, burung hutan dan lain-lain yang saling berbeza antara satu sama lain. Yang paling menarik ialah apabila kami mendengar burung tiung pandai berkata. Antara percakapan burung tiung yang ajaib itu ialah, " dah makan" hello, asalamualaikum, bye- bye dan banyak kata lagi yang lain.

Semasa di Taman Burung ada juga tempat permainan kanak-kanak di sana. saya, abang dan adik sempat bermain gelungsor dan bermain kejar-kejar di kawasan taman permainan. Saya harap suatu masa akan datang saya dapat ke Pulau Labuan lagi dan hendak lagi melawat di Taman Burung.


Jumaat, 23 Julai 2010

burung puyuh yang sombong.

           Pada zaman dahulu,burung puyuh dikatakan mempunyai ekor yang sangat cantik berbanding burung lain.Oleh kerana kecantikannya itu, burung puyuh menjadi sombong dan angkuh. Ia terbang ke sana ke mari sambil meunjuk nunjukkan kecantikannya kepada burung-burung lain. Burung-burunglain tidak suka sikapnya yang sombong dan angkuh itu.
           Pada suatu hari, burung puyuh merayau-rayau di tepi sawah. Di situ ia melihat sekumpulan burung sedang mencari makanan. Burung puyuh pun terus terbang dan hinggap di belakang seekor kerbau untuk menunjukkan kelebihannya dan keistimewaannya kepada burung. Burung puyuh tergelincir lalu jatuh ke bawah
           Dengan tidak sengaja kerbau itu telah terpijak ekornya. Ekor burung puyuh yang cantik itu telah terputus dan carik akibat dipijak oleh kerbau. Oleh kerana itulah, burung puyuh tidak lagi mempunyai ekor sehingga ke hari ini. Burung puyuh, berasa malu kerana dia telah berubah menjadi hodoh.

Khamis, 17 Jun 2010

Jangan Sampai Anak Atau Harta Menjadi Penghalang Solat.

AL-Qur'an mengaskan bahawa janganlah manusia meninggalkan solat atas sebab sibuk dengan anak dan harta. Seseorang yang meninggalkan solat, boleh juga dinyatakan bahawa mereka meremehkan Allah dan lebih mengutamakan anak dan harta. Ini sungguh membahayakan dan membimbangkan. Oleh itu, jauh sebelumnya Allah telah memberi amaran keras agar jangan sampai mengabaikan solat atas sebab harta dan anak.